Lapangan Terbang Sibu
Lapangan Terbang Sibu

Lapangan Terbang Sibu

Lapangan Terbang Sibu (IATA: SBWICAO: WBGS) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Sibu, Sarawak, Malaysia merupakan lapangan terbang ke 10 tersibuk di Malaysia dan ketiga di Sarawak selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Miri. Pada tahun 2015, lapangan terbang ini telah memperolehi penumpang seramai 1.454 juta penumpang. Ia terletak kira-kira 24km dari bandar Sibu.Pada April 2009, lapangan terbang ini telah diberi RM 150 juta bagi menaik taraf bangunan terminal. Terminal ini akan menjadi lebih besar daripada Lapangan Terbang Miri dan Lapangan Terbang Bintulu, Pada 23 September 2010, Menteri Kewangan dan Kesihatan Awam, Dato' Sri Wong Soon Koh telah mengumumkan projek pembesaran ini sedang berjalan. Projek pembesaran ini dijangka siap pada 2012.[4]